Pengasas

Bismillahhirrahmanirrahim,

Asslamualaikum Warrahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Datang kepada semua ke laman blog Daily SweetCorn. Pertama sekali, kami ingin memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerana atas kurnia dan izinnya maka kami dapat mengadakan laman blog yang tidak seberapa ini dalam usaha kami meningkatkan lagi pemasaran dan memenuhi permintaan para peminat jagung produk yang berada di seluruh Malaysia. Kami berbesar hati kerana anda sudi meluangkan masa untuk melawat halaman blog kami dan kami sentiasa berusaha dalam memastikan agar kami dapat memberikan informasi dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua.

Untuk pengetahuan semua, Laman Blog Daily SweetCorn ini adalah laman blog yang banyak menyediakan informasi berkaitan dengan produk jagung tempatan, Laman blog ini adalah hak milik sebuah syarikat bumiputera 'Daily SweetCorn' yang diasaskan oleh  Cik Nurul Izzati Wahid, dan dibantu oleh Cik Siti Nadhirah Hani Hasan (Pegawai Pemasaran), Eng Jo-Yi (Pegawai Kewangan), Thanalectmi A/P Moorty (Pegawai Operasi)

Daily SweetCorn adalah salah satu 'branding' yang digunakan oleh syarikat  dalam memastikan pelanggannya dapat melihat kelainan dan keunikan sebenar produk jagung keluarannya. Daily SweetCorn beroperasi di bandar Saujana Impian, Kajang. Pembuatan produk jagung yang dihasilkan oleh Daily SweetCorn adalah berkualiti tinggi.

Teruskan melayari laman blog kami untuk mengetahui banyak lagi keunikan dan keistimewaan produk keluaran kami.


Ikhlas,




Nurul Izzati Wahid
(Pengasas Daily SweetCorn)